TenderDirect Logo Soalan Lazim
SOALAN LAZIM   |   SYARAT PENGGUNAN   |   HUBUNGI KAMI
 
Sila hubungi kami di 03-40428866 jika anda menghadapi sebarang masalah dengan langganan anda
FAQ - Full List

S:Saya tidak biasa dengan penggunaan internet. Bolehkah saya menerima maklumat tender?
J:Semestinya boleh. Kami akan menghantar maklumat tender setiap hari melalui faks. Anda hanya perlu memastikan mesin faks anda dapat menerima maklumat tersebut di antara pukul 8.30pg hingga 11.00pg setiap hari bekerja.
Kategori: 3. Maklumat Ahli > Pakej > Faks




S:Berapakah harga langganan TenderDirect?
J:Langganan pakej ONLINE hanya berharga RM30 sebulan. Untuk mendapatkan tender melalui emel, harga tambahannya ialah RM20 sebulan manakala harga tambahan untuk tender melalui faks ialah RM30 sebulan. Sila rujuk kepada butir-butir terperinci kadar pembayaran di http://www.tenderdirect.com.my/bm/pemasaran/c_rate.htm.
Kategori: 3. Maklumat Ahli > Pakej > Kadar Langganan




S:Apakah jenis pakej langganan yang tersedia ada?
J:Anda boleh memilih untuk menerima maklumat tender melalui EMEL, FAKS, SMS ataupun kombinasi pilihan ini. Sekiranya anda biasa dengan penggunaan internet, anda boleh melanggani pakej ONLINE sahaja dan memasuki laman web kami setiap hari untuk memperolehi maklumat tender.
Kategori: 3. Maklumat Ahli > Pakej > Pilihan




S:Bolehkah saya melanggan untuk pakej satu bulan?
J:Buat masa kini, kami tidak menawarkan pakej sebulan. Pakej minima kami adalah untuk tiga bulan.
Kategori: 3. Maklumat Ahli > Pakej > Tempoh




S:Semasa tempoh langganan, bolehkah saya menukar pakej saya? (Misalnya dari faks ke emel?)
J:Tentu sekali. Sila hubungi pegawai pelanggan mesra kami dan kami akan uruskannya. Sekiranya harga pakej baru lebih rendah dari jumlah yang telah dibayar, kami akan kreditkan akaun anda dengan bakinya.
Kategori: 3. Maklumat Ahli > Pakej > Tukar



Perihal Kami | Syarat Penggunan | FAQ | Hubungi Kami
© Copyright 2000 - 2003 TenderDirect Sdn Bhd