TenderDirect Logo Soalan Lazim
SOALAN LAZIM   |   SYARAT PENGGUNAN   |   HUBUNGI KAMI
 
Sila hubungi kami di 03-40428866 jika anda menghadapi sebarang masalah dengan langganan anda
FAQ - Full List

S:Dari manakah boleh saya mendapati Borang Pendaftaran TenderDirect?
J:Borang pendaftaran TenderDirect boleh didapati dari:
  • Kesemua cawangan pejabat PKK (Pusat Khidmat Kontraktor) di Malaysia.
  • Kesemua Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah di Malaysia
  • Ibupejabat JKR dan Pejabat Negeri
  • Ibupejabat JPS dan Pejabat Negeri
  • Ibupejabat Kementerian Pendidikan dan pejabat Negeri
  • Ibupejabat Kementerian Kesihatan dan Pejabat Negeri
  • Ibupejabat Kementerian Pertanian dan Pejabat Negeri
  • Lain-lain pejabat Kerajaan termasuk MARA, PKNS, Jabatan Agama, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Landskap
  • Pertubuhan Swasta termasyk KWSP, Malaysia Airports dll
  • Kami sentiasa menambahkan rangkaian pemilik projek tersebut, sila hubungi kami untuk mendapatkan senarai terkini.

    Kategori: 1. Maklumat Am > Pendaftaran > Borang




    S:Bolehkah saya memohon untuk sijil pendaftaran CIDB, PKK atau MOF dengan TenderDirect?
    J:Anda perlu memohon secara terus dari ejensi Kerajaan berkenaan.
    Kategori: 1. Maklumat Am > Pendaftaran > Kontraktor CIDB/PKK/KKM




    S:Saya pernah berdaftar untuk percubaan 7-hari tetapi tidak berdaftar untuk langganan penuh. Perlukah saya berdaftar semula untuk langganan penuh?
    J:Anda tidak perlu berdaftar semula kerana maklumat anda masih berada dalam sistem kami. Sila hubungi kami untuk langganan penuh dan kami akan aktifkan semula akaun anda.
    Kategori: 2. Percubaan 7 Hari > Pendaftaran > Aktifkan




    S:Bagaimanakah boleh saya mendaftar? Perlukah saya membuat bayaran dengan serta merta?
    J:Anda boleh mendaftar secara:
  • Online - di http://tenderdirect.com.my (anda akan menerima perkhidmatan segera melalui cara ini);
  • isikan borang permohonan yang boleh didapati dari pejabat PKK atau Ejensi Kerajaan di Malaysia (klik di sini untuk senarai lengkap), dan fakskan ke 03-40421099; atau
  • Hubungi kami di 03-40421266 untuk mendapatkan borang permohonan dan kami akan fakskan dengan serta merta.

    Anda tidak perlu membuat pembayaran pada masa pendaftaran kerana 7 hari pertama perkhidmatan ini adalah PERCUMA supaya anda boleh menilaikan perkhidmatan ini sebelum pengesahan.

  • Kategori: 2. Percubaan 7 Hari > Pendaftaran > Cara




    S:Mengapakah anda enggan menerima emel dari Hotmail.com?
    J:Kami mendapati bahawa akaun hotmail sering mengalami penghantaran lewat dan emel yang dihantar selalu dikembalikan(tidak terhantar).
    Kategori: 2. Percubaan 7 Hari > Pendaftaran > Emel




    S:Apakah caranya untuk memperolehi kata laluan saya?
    J:Sekiranya pendaftaran anda diterima, kata laluan akan diemelkan dengan segera kepada anda melalui emel yang digunakan semasa pendaftaran. Anda harus membuka program emel dan semak emel anda untuk maklumat kata laluan.

    Emel tersebut akan dihantar kepada anda dalam jangkamasa beberapa minit, jika anda tidak menerima kata laluan anda dalam tempoh 15 minit, sila hubungi kami untuk bantuan.

    Biasanya, sebab utama anda tidak menerima kata laluan ialah kerana alamat emel yang diberikan itu tidak tepat.

    Kategori: 2. Percubaan 7 Hari > Pendaftaran > Katalaluan




    S:Saya telah mengisikan borang pendaftaran tetapi pendaftaran saya tidak diterima. Apakah masalahnya?
    J:Sila pastikan bahawa anda telah membaca dan bersetuju denga Syarat Penggunaan kami (anda perlu tandakan kotak kecil yang tersedia untuk mengesahkan penerimaan anda) dan klikkan butang Pengesahan pada bahagian bawah halaman.
    Kategori: 2. Percubaan 7 Hari > Pendaftaran > Masalah




    S:Saya pernah mendaftar sebelum ini, tetapi tidak menggunakan perkhidmatan anda. Bolehkah anda melanjutkan tempoh percubaan saya?
    J:Sila hantarkan pengesahan bertulis melalui emel atau faks dan kami akan lanjutkan tempoh percubaan anda.
    Kategori: 2. Percubaan 7 Hari > Pendaftaran > Melanjutkan



    Perihal Kami | Syarat Penggunan | FAQ | Hubungi Kami
    © Copyright 2000 - 2003 TenderDirect Sdn Bhd