TenderDirect Logo Soalan Lazim
SOALAN LAZIM   |   SYARAT PENGGUNAN   |   HUBUNGI KAMI
 
Sila hubungi kami di 03-40428866 jika anda menghadapi sebarang masalah dengan langganan anda
FAQ - Full List

S:Bolehkah saya mendapati maklumat tender antarabangsa?
J:Buat masa kini, maklumat ini tidak terdapat dalam sistem kami, tetapi kami sedang berusaha untuk memperolehi tender dari sekitar Asia.
Kategori: 1. Maklumat Am > Tender-Tender > Antarabangsa




S:Maklumat tender boleh didapati dalam berapa jenis bahasa?
J:Segala maklumat tender boleh didapati dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Walaupun lebih kurang 70% tender diterbitkan dalam Bahasa Malaysia, TenderDirect menterjemahkan semua tender dalam Bahasa Malaysia kepada Bahasa Inggeris dan sebaliknya supaya anda tidak terlepas sebarang peluang perniagaan.
Kategori: 1. Maklumat Am > Tender-Tender > Bahasa




S:Berapakah jumlah tender yang terdapat dalam sistem anda?
J:Setakat , terdapat sejumlah tender dan notis perolehan dari pelbagai bidang, sektor dan industri yang dikumpul sejak November 2000.

Secara am, sebanyak 1,000 peluang perniagaan baru disiarkan setiap bulan.

Kategori: 1. Maklumat Am > Tender-Tender > Berapa Kah




S:Apakah jenis tender yang boleh diperolehi?
J:TenderDirect menawarkan beribu-ribu tender dalam pelbagai bidang dan industri dari pihak Kerajaan, Pra-Kerajaan dan Swasta di Malaysia. Kategori-kategori yang lebih popular adalah Pembinaan, Komputer, Tenaga, Telekomunikasi, Kawalan, Pembersihan, Pembekalan dan Perkhidmatan. Cara terbaik untuk mengetahui liputan tender kami ialah dengan memasuki sistem perkhidmatan kami dan melihat beratus-ratus kategori dan pengkhususan yang sedia ada.
Kategori: 1. Maklumat Am > Tender-Tender > Jenis




S:Bolehkah saya memperolehi notis Sebut Harga atau Kelas F dari perkhidmatan anda?
J:Walaupun TenderDirect ditubuhkan untuk projek-projek besar dan sederhana, liputan tender Kelas F (yang dikeluarkan pada peringkat daerah) kian bertambah setiap hari.
Kategori: 1. Maklumat Am > Tender-Tender > Projek Kecil




S:Dari manakah anda memperolehi tender-tender anda? Apakah sumber anda?
J:Kami mengumpul maklumat tender dari suratkhabar, melalui siaran internet, papan kenyataan dan rangkaian pemilik projek.

Kami sentiasa menambahkan sumber-sumber tersebut dan pelanggan-pelanggan kami boleh memperolehi lebih banyak lagi peluang projek dan perolehan.

Kategori: 1. Maklumat Am > Tender-Tender > Sumber




S:Bagaimanakah boleh saya melihat maklumat-maklumat tender melalui emel saya?
J:Setiap emel mengandungi sambungan (lihat maklumat tender), klikkan sambungan tersebut untuk melihat kandungan tender. Maklumat akan dipaparkan pada halaman baru.
Kategori: 4. Menguna TenderDirect > Tender-Tender > Lihat Maklumat




S:Mengapakah saya menerima tender yang tiada kaitan dengan perniagaan saya?
J:Tender-tender yang dihantar berasas dari pilihan anda semasa pendaftaran. Sekiranya anda menerima tender yang tidak berkaitan, anda harus mengemaskinikan pilihan anda pada halaman Kemaskini Profil.

Anda juga boleh menghubungi kami atau emelkan tukaran pilihan anda dan kami akan mengemaskinikan profil anda.

Kategori: 4. Menguna TenderDirect > Tender-Tender > Tiada Kaitan



Perihal Kami | Syarat Penggunan | FAQ | Hubungi Kami
© Copyright 2000 - 2003 TenderDirect Sdn Bhd