TenderDirect Logo Soalan Lazim
SOALAN LAZIM   |   SYARAT PENGGUNAN   |   HUBUNGI KAMI
 
Sila hubungi kami di 03-40428866 jika anda menghadapi sebarang masalah dengan langganan anda
FAQ - Full List

S:Bagaimanakah boleh saya membatalkan perkhidmatan ini selepas tamat TEMPOH PERCUBAAN PERCUMA 7-hari?
J:Anda boleh membatalkan tempoh percubaan 7-hari pada halaman BATALKAN PERCUBAAN. Anda juga boleh emel atau fakskan pemberitahuan kepada kami.

Anda tidak perlu membuat apa-apa pembayaran sekiranya pembatalan dilakukan sebelum tamat tempoh percubaan.

Kategori: 2. Percubaan 7 Hari > Perkhidmatan > Batal



Soalan Lazim - Senarai Penuh

1. Maklumat Am
-Apakah faedah yang boleh diperolehi jika saya berdaftar dengan perkhidmatan anda? Faedah > Utama
-Saya tidak berdaftar dengan PKK, CIDB ataupun MOF. Bolehkah saya memperolehi faedah perkhidmatan anda? Faedah > Kontraktor CIDB/PKK/KKM
-Bolehkah saya memohon untuk sijil pendaftaran CIDB, PKK atau MOF dengan TenderDirect? Pendaftaran > Kontraktor CIDB/PKK/KKM
-Dari manakah boleh saya mendapati Borang Pendaftaran TenderDirect? Pendaftaran > Borang
-Bolehkan sebuah syarikat antarabangsa (yang tidak berdaftar di Malaysia) menggunakan perkhidmatan anda untuk membuat tawaran projek di Malaysia? Perkhidmatan > Syarikat Antarabangsa
-Bolehkah saya membeli dokumen tender dari anda? Perkhidmatan > Dokumen Tender
-Apakah perbezaan di antara TenderDirect dengan E-Perolehan? Perkhidmatan > Kontraktor CIDB/PKK/KKM
-Apakah sebenarnya TenderDirect dan apakah yang diperlakukannya sebagai sebuah perniagaan? Perkhidmatan > Utama
-Maklumat tender boleh didapati dalam berapa jenis bahasa? Tender-Tender > Bahasa
-Bolehkah saya mendapati maklumat tender antarabangsa? Tender-Tender > Antarabangsa
-Bolehkah saya memperolehi notis Sebut Harga atau Kelas F dari perkhidmatan anda? Tender-Tender > Projek Kecil
-Berapakah jumlah tender yang terdapat dalam sistem anda? Tender-Tender > Berapa Kah
-Apakah jenis tender yang boleh diperolehi? Tender-Tender > Jenis
-Dari manakah anda memperolehi tender-tender anda? Apakah sumber anda? Tender-Tender > Sumber
2. Percubaan 7 Hari
-Mengapakah anda enggan menerima emel dari Hotmail.com? Pendaftaran > Emel
-Bagaimanakah boleh saya mendaftar? Perlukah saya membuat bayaran dengan serta merta? Pendaftaran > Cara
-Apakah caranya untuk memperolehi kata laluan saya? Pendaftaran > Katalaluan
-Saya pernah mendaftar sebelum ini, tetapi tidak menggunakan perkhidmatan anda. Bolehkah anda melanjutkan tempoh percubaan saya? Pendaftaran > Melanjutkan
-Saya pernah berdaftar untuk percubaan 7-hari tetapi tidak berdaftar untuk langganan penuh. Perlukah saya berdaftar semula untuk langganan penuh? Pendaftaran > Aktifkan
-Saya telah mengisikan borang pendaftaran tetapi pendaftaran saya tidak diterima. Apakah masalahnya? Pendaftaran > Masalah
-Bagaimanakah boleh saya membatalkan perkhidmatan ini selepas tamat TEMPOH PERCUBAAN PERCUMA 7-hari? Perkhidmatan > Batal
-Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya ingin meneruskan langganan selepas tamat TEMPOH PERCUBAAN PERCUMA 7-hari? Percubaan > Langganan Penuh
3. Maklumat Ahli
-Semasa tempoh langganan, bolehkah saya menukar pakej saya? (Misalnya dari faks ke emel?) Pakej > Tukar
-Berapakah harga langganan TenderDirect? Pakej > Kadar Langganan
-Saya tidak biasa dengan penggunaan internet. Bolehkah saya menerima maklumat tender? Pakej > Faks
-Apakah jenis pakej langganan yang tersedia ada? Pakej > Pilihan
-Bolehkah saya melanggan untuk pakej satu bulan? Pakej > Tempoh
-Apakah kaedah bayaran anda? Bayaran > Cara
-Adakah anda menerima pembayaran melalui kad kredit? Bayaran > Cara
-Saya telah membayar secara Debit Terus tetapi tidak dapat memasuki sistem anda. Apakah masalahnya? Bayaran > Pemberitahu
4. Menguna TenderDirect
-Bolehkah anda hantarkan maklumat tender kepada rakan sekerja saya (emel berlainan)? Hantaran > Akaun Tambahan
-Apabila saya cuba memasuki sistem anda, terdapat mesej bahawa akaun saya bermasalah.
Mengapakah ini berlaku?
Masuk > Masalah
-Apakah caranya untuk menukar kata laluan saya? Katalaluan > Tukar
-Mengapakah saya menerima tender yang tiada kaitan dengan perniagaan saya? Tender-Tender > Tiada Kaitan
-Bagaimanakah boleh saya melihat maklumat-maklumat tender melalui emel saya? Tender-Tender > Lihat Maklumat
5. Maklumat Korporat
-Bagaimanakah boleh saya memperolehi maklumat lanjut mengenai syarikat anda? Syarikat > Profil
-Bagaimanakah boleh saya menghubungi anda? Syarikat > Hubungi Kami



S:Saya tidak berdaftar dengan PKK, CIDB ataupun MOF. Bolehkah saya memperolehi faedah perkhidmatan anda?
J:Walaupun TenderDirect mengumpulkan maklumat tender dan perolehan untuk pelanggan yang berdaftar dengan pelbagai badan kerajaan, terdapat banyak maklumat yang boleh digunakan oleh eksekutif-eksekutif untuk memperolehi pandangan yang lebih meluas dan mendalam mengenai bidang projek dan perolehan di Malaysia.

Kami mempelawa anda supaya mendaftar untuk Tempoh Percubaan Percuma 7-hari untuk mengalami faedah-faedah yang TenderDirect boleh berikan kepada perniagaan anda.

Kategori: 1. Maklumat Am > Faedah > Kontraktor CIDB/PKK/KKM




S:Apakah faedah yang boleh diperolehi jika saya berdaftar dengan perkhidmatan anda?
J:Sebagai seorang pelanggan, anda akan menerima peluang perniagaan setiap hari. Maklumat yang dihantar dipadankan secara tepat dengan pilihan dan keperluan anda.

Kami berusaha untuk memastikan anda memperolehi segala maklumat yang dikehendaki setiap hari. Kami akan mencari dan memadankan tender mengikut pilihan anda dan mengirimkan tender-tender ini melalui emel, faks atau internet.

Sebagai seorang pelanggan, anda akan mengalami faedah-faedah ini dengan serta merta melalui:

  • Sekumpulan besar maklumat-maklumat tender dan perolehan yang meliputi kategori dan industri yang luas.
  • Maklumat tender yang berkelayakan serta dipadan khusus kepada perniagaan anda pada bila-bila masa.
  • Hantaran maklumat tender setiap hari melalui emel, faks, sms atau internet. Anda tidak akan terlepas sebarang peluang perniagaan.
  • Penjimatan hebat dari segi masa, pembelanjaan dan sumber. Kami lakukan segalanya untuk anda.
  • Dapatkan maklumat tender 24 jam sehari, 365 hari setahun dari mana-mana penjuru dunia.
  • Daftarlah diri anda untuk Tempoh Percubaan Percuma 7-hari dan alamilah faedah-faedah ini sekarang juga.

    Kategori: 1. Maklumat Am > Faedah > Utama




    S:Dari manakah boleh saya mendapati Borang Pendaftaran TenderDirect?
    J:Borang pendaftaran TenderDirect boleh didapati dari:
  • Kesemua cawangan pejabat PKK (Pusat Khidmat Kontraktor) di Malaysia.
  • Kesemua Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah di Malaysia
  • Ibupejabat JKR dan Pejabat Negeri
  • Ibupejabat JPS dan Pejabat Negeri
  • Ibupejabat Kementerian Pendidikan dan pejabat Negeri
  • Ibupejabat Kementerian Kesihatan dan Pejabat Negeri
  • Ibupejabat Kementerian Pertanian dan Pejabat Negeri
  • Lain-lain pejabat Kerajaan termasuk MARA, PKNS, Jabatan Agama, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Landskap
  • Pertubuhan Swasta termasyk KWSP, Malaysia Airports dll
  • Kami sentiasa menambahkan rangkaian pemilik projek tersebut, sila hubungi kami untuk mendapatkan senarai terkini.

    Kategori: 1. Maklumat Am > Pendaftaran > Borang




    S:Bolehkah saya memohon untuk sijil pendaftaran CIDB, PKK atau MOF dengan TenderDirect?
    J:Anda perlu memohon secara terus dari ejensi Kerajaan berkenaan.
    Kategori: 1. Maklumat Am > Pendaftaran > Kontraktor CIDB/PKK/KKM




    S:Bolehkah saya membeli dokumen tender dari anda?
    J:Buat masa kini, kami tidak dibenarkan untuk menjual dokumen-dokumen tender kerana anda perlu mengemukakan dokumen-dokumen tertentu (seperti sijil pendaftaran dll) kepada pemilik projek sebelum dibenarkan membeli dokumen-dokumen tersebut.

    Kami sedang berbincang dengan Kerajaan untuk membolehkan pelanggan-pelanggan kami memperolehi dokumen-dokumen ini dengan serta-merta secara elektronik (muatturun atau CD-Rom).

    Kategori: 1. Maklumat Am > Perkhidmatan > Dokumen Tender




    S:Apakah perbezaan di antara TenderDirect dengan E-Perolehan?
    J:Semua pembekal KKM (Kementerian Kewangan Malaysia) diwajibkan berdaftar dengan E-Perolehan yang merupakan badan rasmi yang ditubuhkan untuk mengendalikan pembekal berdaftar KKM.

    TenderDirect, sebaliknya, ialah pembekal perkhidmatan maklumat tender bebas yang mengumpul, menerbit dan mengedarkan maklumat tender dan perolehan dari semua sektor termasuk PKK, CIDB dan MOF.

    Walaupun setengah-setengah maklumat ini mungkin bertindih, kami yakin bahawa liputan luas maklumat TenderDirect akan membawa faedah yang berharga kepada perniagaan anda.

    Kategori: 1. Maklumat Am > Perkhidmatan > Kontraktor CIDB/PKK/KKM




    S:Bolehkan sebuah syarikat antarabangsa (yang tidak berdaftar di Malaysia) menggunakan perkhidmatan anda untuk membuat tawaran projek di Malaysia?
    J:Kami mempunyai ramai ahli yang merupakan kontraktor bertaraf antarabangsa. Untuk membuat tawaran projek, anda perlu mengesahkan samada projek itu dibuka untuk penyertaan antarabangsa atau usaha-sama.
    Kategori: 1. Maklumat Am > Perkhidmatan > Syarikat Antarabangsa




    S:Apakah sebenarnya TenderDirect dan apakah yang diperlakukannya sebagai sebuah perniagaan?
    J:TenderDirect adalah sebuah Simpanan Setempat untuk maklumat Tender dan Perolehan.

    Setiap hari, kami mengumpul dan menguruskan peluang perniagaan dari badan Kerajaan, Separa-Kerajaan dan pihak Swasta di Malaysia. Peluang-peluang perniagaan ini kemudiannya dihantar kepada pelanggan-pelanggan kami (yang terdiri dari kontraktor, pembekal bekalan dan servis yang berdaftar dengan PKK, CIDB, MOF, Telekom, MAB, dll)

    Kategori: 1. Maklumat Am > Perkhidmatan > Utama




    S:Bolehkah saya mendapati maklumat tender antarabangsa?
    J:Buat masa kini, maklumat ini tidak terdapat dalam sistem kami, tetapi kami sedang berusaha untuk memperolehi tender dari sekitar Asia.
    Kategori: 1. Maklumat Am > Tender-Tender > Antarabangsa




    S:Maklumat tender boleh didapati dalam berapa jenis bahasa?
    J:Segala maklumat tender boleh didapati dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Walaupun lebih kurang 70% tender diterbitkan dalam Bahasa Malaysia, TenderDirect menterjemahkan semua tender dalam Bahasa Malaysia kepada Bahasa Inggeris dan sebaliknya supaya anda tidak terlepas sebarang peluang perniagaan.
    Kategori: 1. Maklumat Am > Tender-Tender > Bahasa




    S:Berapakah jumlah tender yang terdapat dalam sistem anda?
    J:Setakat , terdapat sejumlah tender dan notis perolehan dari pelbagai bidang, sektor dan industri yang dikumpul sejak November 2000.

    Secara am, sebanyak 1,000 peluang perniagaan baru disiarkan setiap bulan.

    Kategori: 1. Maklumat Am > Tender-Tender > Berapa Kah




    S:Apakah jenis tender yang boleh diperolehi?
    J:TenderDirect menawarkan beribu-ribu tender dalam pelbagai bidang dan industri dari pihak Kerajaan, Pra-Kerajaan dan Swasta di Malaysia. Kategori-kategori yang lebih popular adalah Pembinaan, Komputer, Tenaga, Telekomunikasi, Kawalan, Pembersihan, Pembekalan dan Perkhidmatan. Cara terbaik untuk mengetahui liputan tender kami ialah dengan memasuki sistem perkhidmatan kami dan melihat beratus-ratus kategori dan pengkhususan yang sedia ada.
    Kategori: 1. Maklumat Am > Tender-Tender > Jenis




    S:Bolehkah saya memperolehi notis Sebut Harga atau Kelas F dari perkhidmatan anda?
    J:Walaupun TenderDirect ditubuhkan untuk projek-projek besar dan sederhana, liputan tender Kelas F (yang dikeluarkan pada peringkat daerah) kian bertambah setiap hari.
    Kategori: 1. Maklumat Am > Tender-Tender > Projek Kecil




    S:Dari manakah anda memperolehi tender-tender anda? Apakah sumber anda?
    J:Kami mengumpul maklumat tender dari suratkhabar, melalui siaran internet, papan kenyataan dan rangkaian pemilik projek.

    Kami sentiasa menambahkan sumber-sumber tersebut dan pelanggan-pelanggan kami boleh memperolehi lebih banyak lagi peluang projek dan perolehan.

    Kategori: 1. Maklumat Am > Tender-Tender > Sumber




    S:Saya pernah berdaftar untuk percubaan 7-hari tetapi tidak berdaftar untuk langganan penuh. Perlukah saya berdaftar semula untuk langganan penuh?
    J:Anda tidak perlu berdaftar semula kerana maklumat anda masih berada dalam sistem kami. Sila hubungi kami untuk langganan penuh dan kami akan aktifkan semula akaun anda.
    Kategori: 2. Percubaan 7 Hari > Pendaftaran > Aktifkan




    S:Bagaimanakah boleh saya mendaftar? Perlukah saya membuat bayaran dengan serta merta?
    J:Anda boleh mendaftar secara:
  • Online - di http://tenderdirect.com.my (anda akan menerima perkhidmatan segera melalui cara ini);
  • isikan borang permohonan yang boleh didapati dari pejabat PKK atau Ejensi Kerajaan di Malaysia (klik di sini untuk senarai lengkap), dan fakskan ke 03-40421099; atau
  • Hubungi kami di 03-40421266 untuk mendapatkan borang permohonan dan kami akan fakskan dengan serta merta.

    Anda tidak perlu membuat pembayaran pada masa pendaftaran kerana 7 hari pertama perkhidmatan ini adalah PERCUMA supaya anda boleh menilaikan perkhidmatan ini sebelum pengesahan.

  • Kategori: 2. Percubaan 7 Hari > Pendaftaran > Cara




    S:Mengapakah anda enggan menerima emel dari Hotmail.com?
    J:Kami mendapati bahawa akaun hotmail sering mengalami penghantaran lewat dan emel yang dihantar selalu dikembalikan(tidak terhantar).
    Kategori: 2. Percubaan 7 Hari > Pendaftaran > Emel




    S:Apakah caranya untuk memperolehi kata laluan saya?
    J:Sekiranya pendaftaran anda diterima, kata laluan akan diemelkan dengan segera kepada anda melalui emel yang digunakan semasa pendaftaran. Anda harus membuka program emel dan semak emel anda untuk maklumat kata laluan.

    Emel tersebut akan dihantar kepada anda dalam jangkamasa beberapa minit, jika anda tidak menerima kata laluan anda dalam tempoh 15 minit, sila hubungi kami untuk bantuan.

    Biasanya, sebab utama anda tidak menerima kata laluan ialah kerana alamat emel yang diberikan itu tidak tepat.

    Kategori: 2. Percubaan 7 Hari > Pendaftaran > Katalaluan




    S:Saya telah mengisikan borang pendaftaran tetapi pendaftaran saya tidak diterima. Apakah masalahnya?
    J:Sila pastikan bahawa anda telah membaca dan bersetuju denga Syarat Penggunaan kami (anda perlu tandakan kotak kecil yang tersedia untuk mengesahkan penerimaan anda) dan klikkan butang Pengesahan pada bahagian bawah halaman.
    Kategori: 2. Percubaan 7 Hari > Pendaftaran > Masalah




    S:Saya pernah mendaftar sebelum ini, tetapi tidak menggunakan perkhidmatan anda. Bolehkah anda melanjutkan tempoh percubaan saya?
    J:Sila hantarkan pengesahan bertulis melalui emel atau faks dan kami akan lanjutkan tempoh percubaan anda.
    Kategori: 2. Percubaan 7 Hari > Pendaftaran > Melanjutkan




    S:Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya ingin meneruskan langganan selepas tamat TEMPOH PERCUBAAN PERCUMA 7-hari?
    J:Sebelum tamatnya tempoh percubaan, kami akan mengesahkan samada anda ingin meneruskan perkhidmatan ini dengan langganan penuh. Selepas anda mengesahkan langganan, kami akan hantarkan invois. Untuk kemudahan anda, kami telah menyediakan beberapa cara pembayaran.
    Jika anda tidak ingin meneruskan perkhidmatan ini selepas tempoh percubaan, sila maklumkan kami di halaman Pembatalan Percubaan.
    Kategori: 2. Percubaan 7 Hari > Percubaan > Langganan Penuh




    S:Bagaimanakah boleh saya membatalkan perkhidmatan ini selepas tamat TEMPOH PERCUBAAN PERCUMA 7-hari?
    J:Anda boleh membatalkan tempoh percubaan 7-hari pada halaman BATALKAN PERCUBAAN. Anda juga boleh emel atau fakskan pemberitahuan kepada kami.

    Anda tidak perlu membuat apa-apa pembayaran sekiranya pembatalan dilakukan sebelum tamat tempoh percubaan.

    Kategori: 2. Percubaan 7 Hari > Perkhidmatan > Batal




    S:Apakah kaedah bayaran anda?
    J:Anda boleh hantarkan cek, wang kiriman dan bank draf atas nama TenderDIrect Sdn Bhd kepada kami. Akaun anda akan diaktifkan sebaik sahaja cek dijelaskan.

    Untuk pengaktifan akaun segera, anda boleh Debit Terus ke dalam mana-mana cawangan Maybank di Malaysia ataupun Singapura (No. Akaun: 514075433042) dan fakskan selip simpanan anda kepada kami.

    Sekiranya anda membayar melalui Maybank2U, sila emel atau fakskan penyataan urusan kepada kami.

    Kategori: 3. Maklumat Ahli > Bayaran > Cara




    S:Adakah anda menerima pembayaran melalui kad kredit?
    J:Disebabkan masalah sekuriti, kami tidak menggalakkan pembayaran melalui kad kredit. Walau bagaimanapun, anda masih boleh membuat pembayaran kad kredit melalui akaun pedagang parti ketiga (Card-pay dari BSN). Jika anda ingin membayar melalui kad kredit, sila beritahu kami dan kami akan uruskannya.
    Kategori: 3. Maklumat Ahli > Bayaran > Cara




    S:Saya telah membayar secara Debit Terus tetapi tidak dapat memasuki sistem anda. Apakah masalahnya?
    J:Sekiranya anda telah membayar secara Debit Terus ke dalam akaun Maybank kami, sila fakskan selip simpanan kepada kami. Akaun anda akan diaktifkan sebaik sahaja kami menerima pengesahan pembayaran.
    Kategori: 3. Maklumat Ahli > Bayaran > Pemberitahu




    S:Saya tidak biasa dengan penggunaan internet. Bolehkah saya menerima maklumat tender?
    J:Semestinya boleh. Kami akan menghantar maklumat tender setiap hari melalui faks. Anda hanya perlu memastikan mesin faks anda dapat menerima maklumat tersebut di antara pukul 8.30pg hingga 11.00pg setiap hari bekerja.
    Kategori: 3. Maklumat Ahli > Pakej > Faks




    S:Berapakah harga langganan TenderDirect?
    J:Langganan pakej ONLINE hanya berharga RM30 sebulan. Untuk mendapatkan tender melalui emel, harga tambahannya ialah RM20 sebulan manakala harga tambahan untuk tender melalui faks ialah RM30 sebulan. Sila rujuk kepada butir-butir terperinci kadar pembayaran di http://www.tenderdirect.com.my/bm/pemasaran/c_rate.htm.
    Kategori: 3. Maklumat Ahli > Pakej > Kadar Langganan




    S:Apakah jenis pakej langganan yang tersedia ada?
    J:Anda boleh memilih untuk menerima maklumat tender melalui EMEL, FAKS, SMS ataupun kombinasi pilihan ini. Sekiranya anda biasa dengan penggunaan internet, anda boleh melanggani pakej ONLINE sahaja dan memasuki laman web kami setiap hari untuk memperolehi maklumat tender.
    Kategori: 3. Maklumat Ahli > Pakej > Pilihan




    S:Bolehkah saya melanggan untuk pakej satu bulan?
    J:Buat masa kini, kami tidak menawarkan pakej sebulan. Pakej minima kami adalah untuk tiga bulan.
    Kategori: 3. Maklumat Ahli > Pakej > Tempoh




    S:Semasa tempoh langganan, bolehkah saya menukar pakej saya? (Misalnya dari faks ke emel?)
    J:Tentu sekali. Sila hubungi pegawai pelanggan mesra kami dan kami akan uruskannya. Sekiranya harga pakej baru lebih rendah dari jumlah yang telah dibayar, kami akan kreditkan akaun anda dengan bakinya.
    Kategori: 3. Maklumat Ahli > Pakej > Tukar




    S:Bolehkah anda hantarkan maklumat tender kepada rakan sekerja saya (emel berlainan)?
    J:Untuk menerima maklumat tender untuk dua atau lebih email yang berlainan, encik/puan hanya perlu bayar yuran tambahan perkhidmatan (RM 20(email) Atau 30(fax) untuk setiap akaun tambahan sahaja (Dengan Akaun Utama Dengan Harga Biasa).
    Kategori: 4. Menguna TenderDirect > Hantaran > Akaun Tambahan




    S:Apakah caranya untuk menukar kata laluan saya?
    J:Pada bahagian atas halaman terdapat pilihan Sudut Ahli. Klik kepada sambungan ini untuk memasuki pelbagai pilihan ahli termasuk Tukar Kata Laluan.

    Dalam borang yang disediakan, isikan kata laluan lama anda diikuti dengan kata laluan baru. Kata laluan baru akan berkuatkuasa sebaik sahaja anda mengesahkan pertukaran anda.

    Kategori: 4. Menguna TenderDirect > Katalaluan > Tukar




    S:Apabila saya cuba memasuki sistem anda, terdapat mesej bahawa akaun saya bermasalah.
    Mengapakah ini berlaku?
    J:Biasanya ini berlaku apabila akaun anda telah luput ataupun belum diaktifkan. Sila catatkan mesej yang tertera pada skrin anda dan hubungi kami untuk bantuan.
    Kategori: 4. Menguna TenderDirect > Masuk > Masalah




    S:Bagaimanakah boleh saya melihat maklumat-maklumat tender melalui emel saya?
    J:Setiap emel mengandungi sambungan (lihat maklumat tender), klikkan sambungan tersebut untuk melihat kandungan tender. Maklumat akan dipaparkan pada halaman baru.
    Kategori: 4. Menguna TenderDirect > Tender-Tender > Lihat Maklumat




    S:Mengapakah saya menerima tender yang tiada kaitan dengan perniagaan saya?
    J:Tender-tender yang dihantar berasas dari pilihan anda semasa pendaftaran. Sekiranya anda menerima tender yang tidak berkaitan, anda harus mengemaskinikan pilihan anda pada halaman Kemaskini Profil.

    Anda juga boleh menghubungi kami atau emelkan tukaran pilihan anda dan kami akan mengemaskinikan profil anda.

    Kategori: 4. Menguna TenderDirect > Tender-Tender > Tiada Kaitan




    S:Bagaimanakah boleh saya menghubungi anda?
    J:Anda boleh menghubungi kami secara:
  • emel : customercare@tenderdirect.com.my;
  • telefon : 03-40421266, 40428866, 40422266;
  • faks : 03-40421099, 40421611; atau
  • lawati kami di 1611, Plaza Permata IGB, Jalan Kampar, 50400 Kuala Lumpur.
  • Kategori: 5. Maklumat Korporat > Syarikat > Hubungi Kami




    S:Bagaimanakah boleh saya memperolehi maklumat lanjut mengenai syarikat anda?
    J:Maklumat korporat termasuk profil kami boleh didapati pada halaman TENTANG KAMI dalam laman web kami di http://tenderdirect.com.my.

    Secara ringkas, kami ditubuhkan pada bulan Januari 2001 dan dianugerahkan STATUS MSC pada bulan yang sama. TenderDirect digambarkan sebagai Sistem Tender Nasional di bawah naungan E-Kerajaan. Misi kami ialah untuk menjadi Simpanan Setempat untuk segala tender dan perolehan.

    Kategori: 5. Maklumat Korporat > Syarikat > Profil



    Perihal Kami | Syarat Penggunan | FAQ | Hubungi Kami
    © Copyright 2000 - 2003 TenderDirect Sdn Bhd