![]() |
Soalan Lazim | ||||
|
![]() |
PERCUBAAN PERCUMA Sekarang! |
S: | Bolehkah saya membeli dokumen tender dari anda? | |
J: | Buat masa kini, kami tidak dibenarkan untuk menjual dokumen-dokumen tender kerana anda perlu mengemukakan dokumen-dokumen tertentu (seperti sijil pendaftaran dll) kepada pemilik projek sebelum dibenarkan membeli dokumen-dokumen tersebut. Kami sedang berbincang dengan Kerajaan untuk membolehkan pelanggan-pelanggan kami memperolehi dokumen-dokumen ini dengan serta-merta secara elektronik (muatturun atau CD-Rom). | |
Kategori: 1. Maklumat Am > Perkhidmatan > Dokumen Tender | ||
S: | Apakah perbezaan di antara TenderDirect dengan E-Perolehan? | |
J: | Semua pembekal KKM (Kementerian Kewangan Malaysia) diwajibkan berdaftar dengan E-Perolehan yang merupakan badan rasmi yang ditubuhkan untuk mengendalikan pembekal berdaftar KKM. TenderDirect, sebaliknya, ialah pembekal perkhidmatan maklumat tender bebas yang mengumpul, menerbit dan mengedarkan maklumat tender dan perolehan dari semua sektor termasuk PKK, CIDB dan MOF. Walaupun setengah-setengah maklumat ini mungkin bertindih, kami yakin bahawa liputan luas maklumat TenderDirect akan membawa faedah yang berharga kepada perniagaan anda. | |
Kategori: 1. Maklumat Am > Perkhidmatan > Kontraktor CIDB/PKK/KKM | ||
S: | Bolehkan sebuah syarikat antarabangsa (yang tidak berdaftar di Malaysia) menggunakan perkhidmatan anda untuk membuat tawaran projek di Malaysia? | |
J: | Kami mempunyai ramai ahli yang merupakan kontraktor bertaraf antarabangsa. Untuk membuat tawaran projek, anda perlu mengesahkan samada projek itu dibuka untuk penyertaan antarabangsa atau usaha-sama. | |
Kategori: 1. Maklumat Am > Perkhidmatan > Syarikat Antarabangsa | ||
S: | Apakah sebenarnya TenderDirect dan apakah yang diperlakukannya sebagai sebuah perniagaan? | |
J: | TenderDirect adalah sebuah Simpanan Setempat untuk maklumat Tender dan Perolehan. Setiap hari, kami mengumpul dan menguruskan peluang perniagaan dari badan Kerajaan, Separa-Kerajaan dan pihak Swasta di Malaysia. Peluang-peluang perniagaan ini kemudiannya dihantar kepada pelanggan-pelanggan kami (yang terdiri dari kontraktor, pembekal bekalan dan servis yang berdaftar dengan PKK, CIDB, MOF, Telekom, MAB, dll) | |
Kategori: 1. Maklumat Am > Perkhidmatan > Utama | ||
S: | Bagaimanakah boleh saya membatalkan perkhidmatan ini selepas tamat TEMPOH PERCUBAAN PERCUMA 7-hari? | |
J: | Anda boleh membatalkan tempoh percubaan 7-hari pada halaman BATALKAN PERCUBAAN. Anda juga boleh emel atau fakskan pemberitahuan kepada kami. Anda tidak perlu membuat apa-apa pembayaran sekiranya pembatalan dilakukan sebelum tamat tempoh percubaan. | |
Kategori: 2. Percubaan 7 Hari > Perkhidmatan > Batal | ||
Perihal Kami | Syarat Penggunan |
FAQ
| Hubungi Kami
© Copyright
2000 - 2003 TenderDirect Sdn Bhd